Monday 11 July 2011

rahsia diri menurut kelahiran bulan islam

ramai yang x tau n x amik kisah pon bulan kelahiran dia mengikut kalendar Islam...aku sendiri pon selama ni x tau pon tarikh lahir aku dlm bulan Hijrah...mana x nya slama ni pon dah terbiasa dgn kalendar masehi...apa yg paling sedih lagi spuluh ari rejab nak habis, baru aku perasan aku di bulan rejab...sadis sungguh...patutnya di bulan ALLAH ni lah nak tmbh amal ngan puasa sunat...smoga syaaban kali ni dapat lah tambah amal ngan puasa sunat...malam ni aku n kwn2 aku ida n ila terdetik nak mencari rahsia2 bulan kelahiran...pendek kata x dak gheja nak wat p cari gheja..hikhikhik...
     
aku lahir tggl 15 may 1986 dalam kalendar masehi...alhamdulillah dgn bantuan link ni http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp dapat gak aku tau tarikh kelahiran aku di tahun hijrah iaitu 07 ramadhan 1406..aku lahir bulan ramadhan...kesiannya mak aku lahirkan aku dalam bulan puasa ni...insaf sebentar mengenangkan peritnya seorg ibu melahirkan..


k lah aku pon x nak melalut panjang, juz nak share ngan pembaca2 blog ni rahsia kelahiran bulan2 islam ni...aku mulakan ngan bulan kelahiran aku iaitu ramadhan almubarak...menurut satu sumber yg aku cari, org yg lahir bulan ramadhan ni baik. part ni aku mmg stuju..sbb aku rasa mm aku baik...kikiki (masuk bakul), pendiam, suka merendah diri, x sombong kpd teman yg dikenalinya, x suka menonjolkan diri...suka merendah diri n x sombong pon aku stuju coz aku mmg x suka nak sombong2 ni n aku benci sgt kalau org menyombong ngan aku...x ke mana lah kau kalau nak sombong2 di bumi ALLAH ni..smua benda pon pinjaman ALLAH,  kita smua x sempurna, jadi jgn sombong ngan insan lain dan yg paling penting jgn sombong ngan pencipta kita...tapi yang aku agak2 x stuju lah kat sini bab pendiam...mmg aneh btol la klu ada org kata aku pendiam..mulut mmg x gheti duduk diam, mcm mana bleh jadi pendiam plak......


kat bawah ni aku sertakan rahsia kelahiran utk bulan2 islam yg lain...kita boleh baca ni smua juz for fun...n jgn percayakan 100%..takowt bley jatuh syirik...nauzubillahiminzalik...wallahualam...






Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang 
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Saturday 9 July 2011

sabah bha...here i come!!

30 june 2005-jam berdenting enam kali, mengejutkan aku dari lena nyenyakku...argghhhh..hari yang kuhitung-hitung akhirnya dah tiba. my heart was pounding..huhuhu..macam mana life aku kat sana? aku bermonolog sendiri...dapatkah aku adapt dgn new environment. dapatkah aku sesuaikan diri dgn bahasa n makanan kat sana  n apa yang lebih penting cuci baju sendiri without washing machine? walaupun dah duduk hostel since umo 13 tahun, seingat aku, aku lebih suka menggunakan khidmat dobi...di matrix penang dulu pon, aku lah pengunjung tetap washing machine block sri dahlia...hahaha..kiranya aku ni penderma tetap lah dlm tabung washing machine tu...aku doa2 smoga tempat baru aku tu ada washing machine utamanya, tv n last but not least water cooler. seronok sebelum ni bertukar jadi cuak pula bila memikirkan ada x smua tu. tapi x mungkin lah hostel u x da benda2 keperluan cam gitu...aku cuba menyedapkan hati yg gundah gulana mengalahkan beruk x dapat pisang...
'anis, bangun!' jeritan mak dari luar bilik mengejutkan aku...
'' ye mak...dah bangun lah ni'. lamunan aku terhenti. aku melangkah malas ke bilik mandi, sedia menyiapkan diri dan menunaikan solat subuh. sarapan hari ni cucur udang n cekodok feberet aku...tapi aku menjamah acuh x acuh ja...mak menegur aku melihatkan tgkh laku aku yg aneh bin ajaib tu...biasanya kalau nmpk cekodok, aku melahap mcm x makan setahun...perasaan gabra ni mengatasi minat tegar aku terhadap cekodok. less than 24 hours lagi aku, abah n long akan bertolak ke kl, umah mak cik hjr..dr umah mak cik, kami take flight to kota kinabalu...
9.o0pm - bertolak ke kl..perasaan sonok bercampu baur ngan sedey...huhuhu..nak berpisah ngan mak dah..mak tak ikowt hantar aku since adik2 aku, dida n nana nak ke skolah esoknya...tahan2 jgn nangis...kalau nangis, habis la aku kena kutuk ngan long..bleh kata tu akan jadi cerita sensasi sepanjang tahun...silap ari bulan, peristiwa nangis tu nnt, bley bawak sampai ke anak cucu..huhu
1.15am-akhirnya sampai gak kami kat umah mak cik hajar...kami sampai2 trus tido..ngam waktu utk tido ni..aku pon dah letey sgt....
1 july 2005- yeay ari ni akhirnya dapat gak aku naik flight utk pertama kalinya sepanjang 19 tahun aku hidup di bumi ALLAH ni..sukenye3...kami memilih utk naik airasia flight...masuk je flight aku trus lari nak berebut seat..alhamdulillah dapat seat tepi tgkp..impress gla aku bla tgk wing flight tu mengembang masa mula2 nak berlepas...ternganga2 mulut tgk wing plane ni...jakun gla..kikiki...once flight dah di atas awan biru, wing plane ditutup smula...sonok gla bla tgk awan di bwh kita...comey n gebu2 ja awan tu...rasa cam nak kuar dr plane n nak g tepuk2 ja awan tu...geram tgk...klu aku dapat tepuk awan tu, kompom ada tempat yg hujan sbb aku..wakaka...penerbangan 2 jam 30 minit ni terasa lama bebenor...sabarlah hati...SABAH...wait for me..here i come !!!